Skip to content

Kurangkan pengambilan makanan tinggi purin secara berlebihan1

Diet yang sihat dan seimbang mampu membantu mengawal tahap asid urik dalam darah pada paras yang normal. Amalkan pemakanan secara sederhana dan berhati-hati dengan 4 makanan tinggi purin ini:

Alkohol

Serangan gout dapat dikaitkan dengan pengambilan alkohol, contohnya bir.

Daging Merah, Kambing, Lembu

Daging merah mengandungi kandungan purin yang tinggi dan dapat meningkatkan paras asid urik.

Makanan Laut

Ikan bilis, hidupan bercengkerang, dan sardin mengandungi purin yang tinggi.

Bergula & Manis

Gula-gula, pencuci mulut dan jus buah yang manis boleh menyebabkan serangan gout kerana kandungan fruktosa yang tinggi.

Kekalkan gaya hidup yang sihat2

Minum air yang mencukupi setiap hari

Lakukan senaman secara berkala dan kekalkan berat badan yang sihat

Lakukan aktiviti berimpak rendah untuk mencegah sakit sendi.

Patuh kepada saranan rawatan daripada doktor anda.

Dengan diagnosis dan pengurusan yang betul termasuk kawalan berat badan dan diet, gout boleh dikawal. Bagi pesakit gout, anda dinasihatkan untuk berunding dengan penjagaan kesihatan terlebih dahulu sebelum menggunakan sebarang ubat yang boleh membantu mengurangkan paras asid urik anda.

Untuk jangka masa panjang, adalah disyorkan agar mereka yang menghidap gout mengelakkan faktor‑faktor penyumbang yang boleh meningkatkan paras asid urik dalam badan.

Pengalkali urinari seperti Ural® boleh membantu mengurangkan paras asid urik dan boleh menjadi pilihan yang berguna untuk pengurusan gout dengan berkesan.

Walau bagaimanapun, sila berunding dengan professional penjagaan kesihatan anda sebelum mengambil sebarang ubat yang boleh mengurangkan paras asid urik.

Membantu mencegah pembentukan kristal asid urik dalam gout

Membantu melarutkan kristal asid urik

Membantu melarutkan batu karang asid urik

Dapatkan nasihat daripada professional penjagaan kesihatan anda untuk mengetahui lebih lanjut tentang Ural®.

Indikasi: Untuk melegakan ketidakselesaan akibat UTI ringan; membantu melegakan rasa sakit dan pedih ketika buang air kecil (disuria); untuk mencegah pengkristalan asid urik dalam terapi gout dan membantu melarutkan batu asid urik (batu karang).