Skip to content

Gout biasanya berpunca daripada kandungan asid urik yang tinggi dalam darah. Asid urik merupakan bahan buangan yang terhasil daripada pemecahan purin iaitu bahan semulajadi yang dihasilkan dalam tubuh kita dan juga terkandung dalam kebanyakan makanan.

Asid urik dalam darah biasanya disingkirkan melalui air kencing. Namun begitu, apabila badan mengalami kesukaran untuk membuang asid urik berlebihan, ia boleh berkumpul pada sendi dan membentuk kristal asid urik menyebabkan serangan gout yang menyakitkan. Tambahan pula, kristal asid urik ini boleh terkumpul dalam saluran urinari dan membentuk batu karang jenis asid urik.

Gejala gout boleh datang dan pergi. Semasa serangan gout, sendi yang terjejas mungkin mengalami gejala berikut:1

  • Sakit yang teruk
  • Bengkak
  • Kemerahan
  • Rasa lembut bila disentuh
  • Rasa seperti terbakar