Skip to content
Home > Jangkitan Saluran Urinari (UTI)

KEMBALI RASA LEGA


Melegakan Ketidakselesaan
Jangkitan Saluran Urinari (UTI) Ringan

UTI ringan adalah jangkitan yang berlaku pada saluran urinari bawah. UTI lebih mudah dihidapi oleh golongan wanita berbanding golongan lelaki.

Salah satu tanda yang mungkin menunjukkan UTI adalah rasa sakit atau pedih semasa membuang air kecil, atau dikenali sebagai disuria. Disuria ketika UTI terjadi apabila air kencing terkena dinding mukosa pada uretra yang merengsa atau meradang.

Tanda dan gejala lain adalah:1

Kerap membuang
air kecil

Rasa tergesa untuk
membuang air kecil

Kerap kencing
malam

Hubungan seksual –
risiko tinggi bagi wanita

Saluran urinari
yang abnormal

Kencing manis

Batu karang

Hamil

Perubahan pada uretra
dan vagina selepas menopaus

Inkontinens urinari bagi wanita
dan benign prostatic hyperplasia (BPH) bagi lelaki

Kateter urinari

UTI mudah dicegah. Petua paling penting untuk mencegah jangkitan saluran urinari, adalah mengamalkan kebersihan diri. Pengamalan gaya hidup yang sihat seperti mengambil makanan yang menyokong kesihatan saluran urinari, dan mengelakkan tingkah laku berisiko turut membantu mencegah UTI.

Minum air secukupnya.

Buang air kecil sebelum dan selepas bersenam atau hubungan kelamin. Kawasan genital hendaklah dibasuh selepas perhubungan kelamin.

Tingkatkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran yang tinggi kandungan vitamin C seperti cili benggala merah, buah oren, anggur dan kiwi.

Elakkan penggunaan semburan deodoran, bedak wangi dan sebarang produk wanita yang mengandungi pewangi atau bahan kimia.

Jaga kebersihan sekeliling organ kelamin dan dubur. Anda perlu mengelap dari bahagian depan ke belakang kerana ia membantu mengelakkan bakteria tersebar dari dubur ke saluran peranakan dan saluran urinari.

Mandian ‘sitz’.
Merendam punggung dan pinggul dalam air suam selama 20 minit, dua kali sehari. Air suam membantu melegakan ketidakselesaan akibat UTI ringan. Anda boleh tambah sedikit garam atau cuka ke dalam air.

Elak seks!
Elakkan hubungan seksual sehingga UTI pulih sepenuhnya.

Ural® ialah pengalkali air kencing yang berkesan boleh membantu anda melegakan ketidakselesaan UTI ringan.

Membantu melegakan rasa pedih ketika membuang air kecil (disuria)

Membantu meningkatkan tindakbalas antibiotik tertentu (sulfonamide) yang digunakan untuk merawat UTI

Dapatkan nasihat daripada professional penjagaan kesihatan anda untuk mengetahui lebih lanjut tentang Ural®.

Indikasi: Untuk melegakan ketidakselesaan akibat UTI ringan; membantu melegakan rasa sakit dan pedih ketika buang air kecil (disuria); untuk mencegah pengkristalan asid urik dalam terapi gout dan membantu melarutkan batu asid urik (batu karang).